Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan harga tablet pertama OPPO tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 870

Pada tahun ini, beberapa syarikat teknologi telah memperkenalkan tablet pertama mereka seperti realme. Kini, OPPO juga dikhabarkan bakal memasuki industri tablet dan bakal melancarkan tablet pertama mereka, OPPO Pad, dalam masa terdekat.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, tablet OPPO Pad bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 870 dan skrin LCD berukuran 11 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Di belakang, ia akan dilengkapi kamera utama 13MP dan satu lagi kamera 8MP, manakala di hadapan pula ada sebuah kamera swafoto yang masih tidak diketahui tentang sensornya.

Tablet ini dikhabarkan turut dilengkapi RAM 6GB, storan 256GB, perisian ColorOS 12 berdasarkan Android 11 dan bateri 8,080mAh. Untuk harga pula, ia mungkin akan dijual pada harga bermula CNY2,000 (~RM1,302), menjadikannya agak murah untuk sebuah tablet yang dilengkapi cipset Snapdragon 870.

Adakah anda berminat dengan tablet OPPO? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version