Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan rekaan Motorola Edge 2022 tertiris, mungkin dilengkapi skrin 144Hz

Motorola dijangka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Moto Edge 2022 pada suku ketiga tahun ini. Telefon itu mempunyai kod nama Dubai+ dan kini spesifikasi serta rekaannya telah pun tertiris di internet.

Daripada maklumat awal ini, Moto Edge 2022 bakal mempunyai skrin pOLED berukuran 6.5 inci dengan resolusi FullHD+ serta lubang tebuk kecil di bahagian atas tengah untuk kamera selfie 32MP. Satu perkara menarik tentang skrin ni adalah ia mempunyai kadar segar semula yang sangat tinggi iaitu 144Hz.

Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek MT6879, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB dan bateri 5,000mAh. Di bahagian bawah telefon, ia mempunyai port USB-C, pembesar suara, mikrofon dan ruang kad SIM. Telefon ini mungkin tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

Modul kameranya pula mungkin terdiri daripada tiga kamera iaitu kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 13MP dan sensor kedalaman 2MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91 Mobiles

Exit mobile version