Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan tarikh pelancaran POCO X4 Pro 5G tertiris, serupa dengan Redmi Note 11

POCO bakal menganjurkan acara khas dalam temasya Mobile World Congress (MWC) pada hujung bulan ini dan mereka mungkin akan melancarkan beberapa telefon pintar baharu iaitu POCO M4 Pro dan POCO X4 Pro 5G. Sungguh pun begitu, baru-baru ini laman web Amazon Perancis telah pun memuat naik senarai spesifikasi untuk POCO X4 Pro 5G.

Daripada laman web tersebut, POCO X4 Pro 5G mungkin akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695, skrin AMOLED berukuran 6.67 inci dengan kadar 120Hz, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 67W dan MIUI 13 berdasarkan Android 11. Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Ia turut disenaraikan dengan storan 256GB, namun besar kemungkinan terdapat lebih banyak varian storan yang akan diumumkan nanti. Sekilas pandang, telefon ini mungkin adalah Redmi Note 11 yang dijenamakan semula dan mempunyai rekaan luaran yang berlainan.

Selain itu, telefon POCO baharu ini dijangka akan dilancar pada 28 Februari 2022 iaitu hari pertama untuk MWC 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version