Site icon TechNave BM

Spesifikasi Google Pixel 4a bocor, mungkin dilengkapi Snapdragon 730, RAM 6GB dan storan UFS 2.1

Kini, kita mendapat lebih banyak maklumat berkenaan Pixel 4a hasil maklumat daripada XDA Developers. Menurut satu tangkapan skrin (screenshot) proses bootloader daripada sebuah peranti yang dikatakan adalah Pixel 4a, ia menunjukkan peranti itu menggunakan RAM DDR4 6GB dan storan UFS 64GB daripada SK Hynix, pembina cip memori dari Korea Selatan.

Storan UFS tersebut mungkin adalah versi 2.1, jadi ia bermaksud kelajuan bacaan dan tulisan serta kecekapan penggunaan tenaga adalah lebih baik. Sumber tangkapan skrin itu adalah daripada saluran YouTube TechnoLike Plus yang menunjukkan rupa bentuk telefon Pixel 4a.

Telefon tersebut dilengkapi cipset Snapdragon 730, bateri 3,080mAh dan sistem operasi Android 10. Terdapat juga sebuah kamera punch hole di depan dan kamera yang masih tidak disiapkan di bahagian belakang. Ini mungkin hanyalah prototaip versi awal jadi mungkin ini bukan versi yang akan dilancarkan kepada orang ramai.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan Pixel 4a? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version