Site icon TechNave BM

Spesifikasi HONOR 60 tertiris, bakal dilancar 1 Disember ini

Sebelum ini, tertiris mengenai gambar HONOR 60 dan HONOR 60 Pro yang diletakkan secara bersebelahan. Ia memberikan gambaran reka bentuk kedua-dua peranti yang akan muncul tidak lama lagi. Dan kini, senarai spesifikasi penting yang dikatakan telah bocor untuk HONOR 60.

Menurut sumber, HONOR 60 akan mempunyai skrin FHD+ OLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran tinggi (tetapi belum disahkan), cipset Snapdragon 778G+, RAM 12 GB, storan dalaman sehingga 256GB, kamera belakang utama 108 MP f/1.9, kamera ultra-lebar 8 MP f/2.0 dan sensor kedalaman 2 MP f/2.4 serta bateri 4,800 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Peranti ini akan beroperasi menggunakan Android 11 dan menyokong Bluetooth 5.2. Ia akan ditawarkan dalam warna Bright Black, Juliet, Starry Sky Blue dan Jade Green. Telefon ini berukuran 161.4 x 73.3 x 7.98 mm dan berat 179g. HONOR 60 Pro juga akan menggunakan kamera utama 108 MP tetapi tidak banyak yang diketahui mengenainya.

Imej langsung yang bocor sebelum ini menunjukkan bahawa ia mempunyai skrin paparan melengkung pada keempat-empat sisi manakala model standard hanya mempunyai lengkungan skrin pada bahagian sisi. HONOR 60 dan HONOR 60 Pro akan dilancarkan di China pada 1 Disember.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version