Site icon TechNave BM

Spesifikasi HUAWEI nova 8 SE terdedah: 4 kamera, skrin OLED dan cas pantas 66W

Anda mungkin telah membaca mengenai siri HUAWEI nova 8 yang mungkin dilancar dalam waktu terdekat, sama ada November atau Disember ini. Selain spesifikasi HUAWEI nova 8 dan varian Pro, sumber kini mendedahkan spesifikasi HUAWEI nova 8 SE.

Menurut sumber, HUAWEI nova 8 SE bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 720 atau Dimensity 800 (mungkin dua varian nova 8 SE dengan dua cipset berbeza). Turut dilaporkan hadir adalah paparan OLED 6.53 inci FHD+ 60Hz, bateri 3800mAh dan sokongan cas pantas 66W. Untuk kamera pula, ia akan dilengkapi empat kamera (64MP + 8MP + 2MP + 2MP) dan satu kamera hadapan 16MP.

Gambar rekaan yang disertakan juga kelihatannya mempunyai rekaan kamera belakang dan hadapan yang berbeza dengan HUAWEI nova 7 SE. Untuk nova 8 SE, ianya mempunyai rekaan skrin hadapan bertakuk dan potongan kamera belakang dalam blok segi empat tepat.

Adakah anda berminat dengan HUAWEI nova 8 SE atau siri HUAWEI nova 8 yang lain? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai siri HUAWEI nova 8 disini!

Sumber: IT Home

Exit mobile version