Pada tahun ini, Apple telah memperkenalkan generasi baru buat semua barisan tablet iPad nya kecuali untuk versi mini. Kini, sumber terbaru menunjukkan spesifikasi yang mungkin hadir pada iPad Mini generasi ke-6 ini.
Berdasarkan sumber, iPad mini generasi baru ini akan menggunakan skrin bersaiz 8.5 inci Liquid Retina Display, lebih besar berbanding skrin 7.9 inci generasi kini. Selain itu, ia akan hadir dengan reka bentuk bersegi seperti siri telefon iPhone 12, iPad Air generasi ke-4 dan model baru iPad Pro.
Yang menarik lagi, iPad mini ini dikatakan akan dilengkapi dengan port USB-C, meninggalkan port Lightning buat selamanya. Ia akan menggunakan cipset Apple A14 Bionic bersama RAM 4GB dan akan mengekalkan pembesar suara stereo sama seperti model yang lepas.
Tambahan lagi, iPad Mini generasi baru ini dijangka akan dilengkapi dengan dwi-bateri, kamera yang sama seperti iPad Air baru dan sokongan Apple Pencil generasi kedua.
Adakah anda berminat dengan iPad Mini generasi ke-6 ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Gizmochina

