Site icon TechNave BM

Spesifikasi iQOO 13 didedahkan sebelum pelancaran pada 30 Oktober 2024

iQOO 13 akan dilancarkan pada 30 Oktober 2024 di China dan sudah mencuri perhatian dengan reka bentuknya yang ramping dan bateri besar dengan keupayaan pengecasan pantas. Dengan ketebalan hanya 7.99mm, peranti ini membawa bateri 6,150mAh, hasil penggunaan bahan anod silikon generasi ketiga yang meningkatkan kapasiti bateri sebanyak 23% berbanding model sebelumnya.

Untuk kecekapan, iQOO 13 dilengkapi bentuk cache dengan kecekapan tinggi yang mengoptimumkan penggunaan kuasa, terutamanya bagi tugasan berat seperti main balik video dan navigasi. Penambahbaikan ini mengurangkan penggunaan kuasa secara signifikan dan memanjangkan jangka hayat bateri, menjadikan peranti ini sangat sesuai untuk penggunaan intensif.

iQOO turut mengesahkan bahawa peranti ini menampilkan paparan rata 2K bersaiz 6.82 inci dengan resolusi 3168 x 1440. Ini adalah yang pertama menggunakan peranti luminescent  BOE Q10 dengan reka bentuk litar 8T LTPO. Paparan canggih ini menyokong kadar segar semula 2592Hz dan menawarkan penyelesaian malapan yang mesra mata, walaupun pada kecerahan penuh.

Peranti ini juga hadir dengan teknologi perlindungan mata berasaskan cahaya berpolarisasi bulat yang meniru cahaya semula jadi untuk mengurangkan ketegangan mata. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite, ia menawarkan RAM LPDDR5x hingga 16GB dan storan UFS 4.0 1TB serta sistem OriginOS 5 berasaskan Android 15. Bukan itu sahaja, bahagian kamera swafoto membawa sensor 32MP dan tetapan tiga kamera belakang 50MP.

Memandangkan siri iQOO sebelum ini pernah memasuki pasaran Malaysia, peminat iQOO berharap ia alan membuat penampilannya kerana pelancaran global dijangka berlaku pada awal Disember. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version