Site icon TechNave BM

Spesifikasi iQOO Neo7 SE didedah menjelang pelancarannya pada 2 Disember ini

iQOO melancarkan Neo7 di China bulan lepas dengan cipset Dimensity 9000+ dan pada 2 Disember ini, iQOO akan memperkenalkan model SE. iQOO mendedahkan bahawa Neo7 SE akan dilengkapi cipset Dimensity 8200 4nm dan kini syarikat itu telah mengesahkan kapasiti bateri serta kelajuan pengecasannya.

iQOO Neo7 SE akan memuatkan bateri dwi-sel 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 120W. iQOO juga berkata bahawa telefon pintar itu akan mengecas daripada 1% hingga 60% dalam masa 10 minit.

iQOO belum lagi mendedahkan spesifikasi lengkap Neo7 SE tetapi telah mengesahkan telefon pintar itu akan didatangkan dengan sambungan 5G, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. iQOO juga menyiarkan imej Neo7 SE mengesahkan kehadiran persediaan tiga kamera di bahagian belakang dengan penstabilan imej optik (OIS).

iQOO Neo7 SE akan diperkenalkan sepenuhnya di China pada 2 Disember pada jam 2:30 petang waktu tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: iQOO

Exit mobile version