Site icon TechNave BM

Spesifikasi kamera Samsung Galaxy S21 tertiris, varian Ultra mungkin dilengkapi dua lensa telefoto

Kita cuma berada lebih seminggu sahaja daripada pelancaran siri telefon andalan Samsung Galaxy S21 pada 14 Januari ini, dan khabar angin tentangnya masih banyak disebarkan. Terbaru, susunan kamera untuk Galaxy S21 telah pun tertiris di mana varian kamera berlainan untuk setiap varian didedahkan.

Secara amnya, Galaxy S21 mempunyai kamera yang tidak banyak beza dengan Galaxy S20. Berikut adalah spesifikasi kamera untuk Galaxy S21 dan Galaxy S21+, menurut sumber:

Untuk Galaxy S21 Ultra pula, ia mempunyai susunan kamera yang agak menarik di mana ia akan dilengkapi dua lensa telefoto dengan saiz apertur berlainan. Selain itu, kamera swafotonya juga mempunyai jumlah megapiksel yang tinggi iaitu 40MP. Spesifikasi untuk kamera Galaxy S21 Ultra adalah seperti berikut:

Maklumat ini adalah selari dengan spesifikasi awal yang telah terbocor pada Disember lalu. Dengan jumlah maklumat yang terdapat untuk Galaxy S21 sekarang, besar kemungkinan kita akan mengetahui spesifikasi penuhnya sebelum pelancaran pada 14 Januari.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version