Site icon TechNave BM

Spesifikasi kamera Xiaomi Mi 11 Pro tertiris, kamera 200MP?

Sebelum ini, butiran mengenai skrin Xiaomi Mi 11 Pro telah tertiris dan ianya dijangka akan hadir dengan skrin beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kini, sumber terbaru mengenai kamera Mi 11 Pro pula telah muncul di dalam talian.

Berdasarkan sumber, Xiaomi Mi 11 Pro bakal dilengkapi dengan kamera utama 50MP bersama kamera telefoto 12MP. Dari segi perisian pula, MIUI 12 akan membawakan sokongan MEMC dan penambahbaikan AI HDR pada peranti ini.

Xiaomi Mi 11 Pro dikhabarkan akan hadir dengan ciri kamera yang dapat meningkatkan kualiti gambar dan video mereka. Dengan menggunakan AI, ia dapat mengesan objek yang berada di hadapan kamera dan memberikan kesan HDR.

Ciri kamera MIUI 12 untuk Xiaomi Mi 11 Pro

Buat masa ini, sumber tidak menyatakan butiran mengenai sensor yang bakal digunakan untuk peranti ini. Kamera telefoto Mi 11 Pro mungkin akan hadir dengan resolusi asli 12MP ataupun sensor Quad-Bayer 48MP yang menggabungkan 4-dalam-1 piksel.

Ini juga bermakna kamera utama 50MP ini mungkin adalah sensor Quad-Bayer 200MP, walaupun kemungkinan untuk perkara ini berlaku adalah rendah.

Nantikan butiran yang lebih lanjut mengenai kamera Mi 11 Pro di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version