Site icon TechNave BM

Spesifikasi lengkap ASUS ROG Ally didedah, hadir dengan cipset AMD Ryzen Z1 dan Windows 11

ROG Ally iaitu peranti gaming pegang tangan pertama ASUS dan telah disahkan akan dikeluarkan ke pasaran global. Ia dijangka akan diumumkan secara rasmi pada penggal ini menggunakan Accelerated Processing Unit (APU) tersuai.

Ia dilengkapi dengan cip siri AMD Ryzen Z1. Menurut maklumat pensijilan sebelumnya, cip ini akan menjadi versi tersuai AMD R7 7840U dilengkapi dengan GPU Radeon 780M. Selain itu, ia menjalankan sistem Microsoft Windows 11 dan boleh menyokong berbilang platform seperti Steam, Epic dan stor Xbox.

Ia dilengkapi dengan skrin 7 inci beresolusi 1920×1080, penyegaran semula 120Hz, menyokong kecerahan 500 nits dan kependaman 7ms. Sumber juga menunjukkan bahawa ASUS ROG Ally mempunyai berat 608g, penyejukan dwi kipas, RAM LPDDR5 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 512GB yang boleh dikembangkan melalui kad MikroSD.

Ia juga turut menyokong Dolby Atmos. Terdapat juga gambar beg perlindungan untuk ROG Ally. Ia direka dalam warna hitam dan dicetak dengan logo warna ROG. Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version