Site icon TechNave BM

Spesifikasi, markah AnTuTu ASUS ROG Phone 3 terdedah, bateri 5,800mAh + Snapdragon 865 Plus?

Mungkin inilah berita yang ditunggu-tunggu selama ini. Terkini, sumber melaporkan ASUS ROG Phone 3 telah melepasi lesen kerajaan di China.

Kami tahu bukan itu sahaja yang anda ingin tahu. Tidak terhenti di situ, laman web agensi kerajaan di China tersebut turut memperlihatkan spesifikasi bateri ASUS ROG Phone 3. Kelihatannya, ia bakal hadir dengan bateri 5800mAh.

Kapasiti bateri yang mencecah sehingga 6000mAh ini menjadi penanda bahawa ia merupakan telefon pintar dengan cipset Snapdragon 865 yang memiliki kapasiti bateri terbesar setakat ini. Ketebalan peranti juga diperlihatkan mencecah 9.85mm (lebih tebal daripada ASUS ROG Phone 2). Namun, tiada ukuran berat diperlihatkan.

Dalam berita yang lain, penyenaraiannya di TENAA memperlihatkan spesifikasi paparan AMOLED 6.59 inci, berukuran 171 x 78 x 9.85mm dengan berat 240g. Bateri 5800mAh bakal menyokong pengecasan pantas 30W. Ia bakal hadir dengan varian RAM 8GB/12GB/16GB dan storan 128GB/256GB/512GB. Turut dilaporkan, tetapan tiga kamera utama 64MP dan kamera selfie 13MP.

Pemarkahannya di AnTuTu dilihat lebih tinggi daripada telefon menggunakan Snapdragon 865 yang lain. Jadi, mungkinkah dakwaan kewujudan Snapdragon 865 Plus sebelum ini pada peranti gaming Lenovo Legion benar atau markah AnTuTu dipengaruhi RAM 16GB?

Apa pun, kesemua berita ini bukanlah berita rasmi. Beritahu kami jangkaan dan pandangan anda di laman Facebook! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version