Site icon TechNave BM

Spesifikasi Mi 10T Pro bocor dengan kamera 108MP, skrin LCD 144hz, berharga ~ RM3405

Sumber terbaru dari laman sosial Twitter seorang pembocor maklumat terkenal, Ice universe, menunjukkan sebuah gambar terbaru yang menyatakan spesifikasi utama Xiaomi Mi 10T Pro bersama harganya sekali.

Berdasarkan gambar tersebut, Mi 10T Pro dijangka akan hadir dengan kamera utama 108MP, Snapdragon 865 serta bateri bersaiz 5000 mAh. Ia juga dijangka akan menggunakan skrin LCD dengan kadar segar semula 144Hz.

Untuk harga pula, ia akan dijual sekitar €699 (~RM3405) yang agak berdaya saing dengan jenama yang lain.

Spesifikasi lain yang akan hadir pada peranti ini adalah kamera ultra lebar 20MP, kamera telefoto 12MP, RAM 8GB dan storan setinggi 256GB.

Adakah harga ini terlalu mahal untuk spesifikasi yang ditawarkan? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Ice Universe

Exit mobile version