Site icon TechNave BM

Spesifikasi Moto G Stylus 2021 bocor, dilengkapi skrin 6.81 inci dengan Snapdragon 675

Selain daripada Samsung dan LG, Motorala adalah antara syarikat besar lain yang menghasilkan telefon pintar dengan stilus. Pada bulan Februari tahun ini, Motorala telah melancarkan Moto G Stylus, sebuah telefon kelas pertengahan dengan cipset Snapdragon 665 yang hadir dengan stilus. Kini, sumber terbaru menunjukkan spesifikasi Moto G Stylus untuk versi tahun hadapan pula.

Moto G Stylus 2021 ini dijangka akan hadir dengan skrin saiz 6.81 inci bernisbah 20:9 dengan resolusi 1080 x 2400 piksel FullHD+. Jika dibandingkan dengan Moto G Stylus tahun ini, ia hanya hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci sahaja.

Moto G Stylus ini juga bakal dilengkapi dengan Snapdragon 675 serta RAM 4GB dengan saiz storan 128GB. Ia juga bakal hadir dengan bateri 4,300 mAh dengan perisian Android 10.

Untuk kamera pula, ia akan menggunakan kamera swafoto 16MP yang terletak di atas kiri skrin hadapannya. Pada bahagian belakang, ia akan dilengkapi dengan kamera kuad dengan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, lensa makro dan sensor kedalaman.

Untuk ciri keselamatan pula, Moto G Stylus ini akan menggunakan sensor cap jari yang terletak di panel belakangnya.

Setakat ini, tiada lagi berita mengenai harga peranti ini. Kami menjangkakan Moto G Stylus 2021 ini akan dijual pada harga sekitar $300 (~RM1234), sama seperti harga Moto G Stylus tahun ini.

Adakah anda berminat dengan Moto G Stylus 2021? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version