Site icon TechNave BM

Spesifikasi Nokia 1.4 tertiris: RAM 1GB, 4000mAh mungkin berharga ~RM489

Terdahulu, HMD Global telah melancarkan Nokia 1.3 yang merupakan sebuah peranti dalam kategori mesra poket. Pendedahan spesifikasi Nokia 1.4 kini menandakan bahawa pengganti kepada Nokia 1.3 bakal hadir tidak lama lagi.

Menurut Mysmartprice, Nokia 1.4 akan dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh, paparan LCD 6.51 inci HD+, dua kamera belakang 8MP + 2MP dan kamera hadapan 5MP. Perati ini turut menyokong sambungan 4G LTE, WiFi 2.4 dan Bluetooth 4.2. Anda boleh melihat senarai spesifikasinya dan jangkaan harga 100 Euro (RM489) seperti dalam gambar di bawah.

Perlu diingatkan bahawa Nokia 1.4 adalah peranti dalam kategori mesra poket, jadi kita tidak boleh menjangkakan spesifikasi tinggi. Memandangkan Nokia 1.3 telah dilancar pada Mac 2020, mungkin kita boleh menjangkakan garis masa yang sama untuk kehadiran Nokia 1.4.

Apa pun, kami tidak pasti jika peranti ini bakal hadir di pasaran Malaysia. Kongsi pandangan anda mengenai spesifikasi Nokia 1.4 yang tertiris di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mysmartprice

Exit mobile version