Site icon TechNave BM

Spesifikasi Nothing Phone (2a) tertiris, dedahkan varian, warna dan harga

Nothing dikhabarkan sedang menghasilkan telefon pintar terbaharu iaitu Nothing Phone (2a) yang dijangka menjadi telefon segmen pertengahan. Walaupun Nothing masih belum mengesahkan kewujudan Phone (2a), terdapat khabar angin yang membayangkan ketibaannya tidak lama lagi.

Kini, dalam perkembangan baharu, spesifikasi, warna dan harga Phone (2) yang akan datang telah tertiris. Maklumat terbaharu mengenai Nothing Phone (2a) telah dikongsikan oleh Roland Quandt di X. Peranti itu akan tiba dalam pilihan storan 8/128GB dan 12/256GB. Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna Putih atau Hitam.

Nothing Phone (2a) dijangka membawa tanda harga EUR 400 (~RM2,029) untuk model asas. Khabar angin mendedahkan bahawa Nothing Phone (2a) akan menampilkan reka bentuk serba baharu. Ia akan mempunyai modul bulat yang menempatkan penderia kamera dwi kedudukan mendatar. Pulau kamera dikelilingi oleh jalur lampu LED Glyph.

Nothing telah mengesahkan kehadirannya di MWC 2024 dengan acara yang dijadualkan pada 27 Februari 2024. Kita boleh menjangkakan Nothing bakal mengumumkan Phone (2a) pada masa itu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version