Dilaporkan bahawa OnePlus 10R akan dikeluarkan sebelum Mei yang bakal menggantikan OnePlus 9R dan merupakan versi rendah OnePlus 10 Pro. Kini, 91mobiles telah mendedahkan spesifikasi 10R yang lengkap. Berdasarkan spesifikasi, OnePlus 10R seperti realme GT Neo3 yang dilancarkan baru-baru ini tetapi dengan reka bentuk yang lain.
OnePlus 10R akan menampilkan paparan FHD+ E4 AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, sokongan untuk HDR10+, cipset Dimensity 8100, RAM 8/12GB LPDDR5 dan storan UFS 3.1 128/256GB. Selain itu, 10R akan menjadi telefon pertama dalam barisan telefon OnePlus yang tidak menawarkan reka bentuk butang gelongsor pemberitahuan.
Peranti ini juga akan membuang bicu audio 3.5mm tetapi akan menampilkan pembesar suara stereo yang mempunyai teknologi Dolby. Daripada segi kamera, OnePlus 10R akan menampilkan tiga kamera pada bahagian belakang iaitu sensor utama Sony IMX766 50MP dengan sokongan OIS, sensor Sony IMX355 untuk kamera sudut ultra lebar 8MP dan makro 2MP.
Ia juga dilengkapi kamera swafoto S5K3P9SP 16MP. Peranti itu akan dilengkapi dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 150W sama seperti realme GT Neo 3. Seperti realme GT Neo 3, OnePlus 10R juga akan mempunyai varian lain dengan menawarkan varian dengan bateri 5000mAh serta sokongan pengecasan pantas 80W.
Menurut laporan oleh Pricebaba, OnePlus 10R akan menjadi telefon pertama daripada OnePlus dengan kamera lubang tebuk tengah. Reka bentuk kamera belakang sangat serupa dengan realme GT Neo 3 di mana sensor utama diletakkan pada bahagian atas dan dua kanta pada bahagian bawah bersebelahan antara satu sama lain.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: 91mobiles

