Site icon TechNave BM

Spesifikasi OnePlus 11R tertiris, miliki cipset SD 8 Gen 1 dan bateri 5,000mAh

Pada awal September, dikhabarkan bahawa OnePlus akan melancarkan varian Pro OnePlus 11 pada penghujung tahun ini. Tetapi nampaknya OnePlus 11 Pro tidak akan menjadi model terakhir siri ini pada tahun 2022. Baru-baru ini, sumber telah mendedahkan butiran untuk varian lain iaitu OnePlus 11R.

Menurut MySmartPrice, OnePlus 11R akan menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Selain cipset, model ini agak serupa dengan OnePlus 10R tahun lepas. Ia akan datang dengan pilihan RAM 8GB atau 16GB, storan 128GB atau 256GB dan paparan FHD+ AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.

Persediaan kamera kekal sama dengan tiga kamera (50MP+8MP+2MP) di belakang dan kamera swafoto 16MP. Pengecasan pantas akan dinaik taraf kepada 100W di mana sebelum ini 80W. Tiada butiran mengenai reka bentuk tetapi kami menjangkakan OnePlus 11R kelihatan serupa dengan siri OnePlus 11 yang akan datang.

Bagaimanakah varian ini ingin bersaing dengan model standard dan Pro? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version