Site icon TechNave BM

Spesifikasi OnePlus 9 dan OnePlus 9E tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 888 dan Snapdragon 690

Siri telefon pintar andalan OnePlus 9 dijangka akan dilancar pada bulan Mac dan ia dijangka akan dilancarkan dalam tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9E di mana varian terakhir itu adalah yang paling rendah daripada segi spesifikasi.

Kini terdapat maklumat terbaru tentang OnePlus 9E di mana ia dikatakan akan dilengkapi cipset Snapdragon 690 dan skrin berukuran 6.5 inci dengan resolusi Full HD+ (2400 × 1080) dan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh, kamera utama 64MP dan kamera ultra-lebar 8MP serta memori 8GB+128GB.

Sumber turut berkongsi sebuah tangkapan skrin yang menyenaraikan spesifikasi asas untuk OnePlus 9, di mana ia terdiri daripada cipset Snapdragon 888, RAM 8GB, storan 128GB, kamera 48MP+50MP+2MP, skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.55 inci dan sistem operasi Android 11. Setakat ini masih tiada maklumat tentang kamera Hasselblad yang dikhabarkan akan terdapat dalam OnePlus 9 Pro.

OnePlus 8 telah dilancar pada bulan Mac 2020, jadi kita boleh jangkakan masa yang lebih kurang sama untuk OnePlus 9 pada tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon OnePlus 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version