Site icon TechNave BM

Spesifikasi OnePlus Ace 3 Pro tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3

Selepas OnePlus melancarkan telefon pintar andalan OnePlus Ace 3 pada bulan Januari lalu, kini OnePlus dikhabar bakal melancarkan varian baharu pula iaitu OnePlus Ace 3 Pro. Ia bakal menggantikan OnePlus Ace 2 Pro yang dilancar pada Ogos 2023.

Spesifikasi untuk OnePlus Ace 3 Pro juga sudah tertiris. Menurut pengkhabar berita teknologi di Weibo, OnePlus Ace 3 Pro akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 iaitu cipset terpantas oleh Qualcomm setakat ini.

Selain itu, ia dikhabarkan bakal dilengkapi RAM LPDDR5x berkapasiti tinggi iaitu 24GB serta storan dalaman UFS 4.0 sehingga 1TB.

Rekaan OnePlus Ace 3 yang dilancar pada Januari lalu

Rekaannya pula terdiri daripada skrin OLED berukuran 6.78 inci yang melengkung di bahagian sisi. Seperti yang boleh dijangka untuk telefon kategori ini, skrinnya mempunyai resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz.

Pada tahun lalu, OnePlus Ace 2 Pro tidak dilancar untuk pasaran antarabangsa, jadi situasi ini mungkin sama untuk OnePlus Ace 3 Pro kelak. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version