Site icon TechNave BM

Spesifikasi OnePlus Nord bocor, dihuni AMOLED 90Hz, Snapragon 765G, RAM sehingga 12GB!

Pelancaran OnePlus Nord, sebuah peranti kelas pertengahan OnePlus bakal dilangsungkan pada 21 Julai 2020. Berita mengenai spesifikasinya kelihatan semakin banyak menular termasuklah gambar yang didakwa sebagai sebahagian dari slaid pembentangan OnePlus Nord.

Melalui gambar ini, OnePlus Nord bakal dihuni Snapdragon 765G seperti yang dijangkakan sebelum ini. Ia juga bakal memiliki paparan 6.44 inci AMOLED FHD+ 90Hz beresolusi 1800 x 2400 piksel dengan berat 185g. Lebih menarik, peranti kelas pertengahan ini bakal dihuni varian RAM LPDDR4x 8GB atau 12GB.

Turut terpapar adalah bateri berkapasiti 4115mAh dengan sokongan cas pantas 30W, kamera utama 48MP + 8MP (ultra lebar) + 5MP (sensor kedalaman) + 2MP (makro) dan dwi-kamera swafoto 32MP + 8MP (ultra lebar).

Ia mungkin bakal hadir dengan pilihan warna biru Blue Marble, dua tona kelabu Gray Onyx dan Gray Ash. Sebagai tambahan, terdapat juga pendedahan yang memperlihatkan rekaan kerangka pelindung OnePlus Nord dengan rekaan menarik berjiwa muda!

Apa pun, kesemua maklumat ini adalah dari sumber yang tidak rasmi. Nantikan maklumat seterusnya bersama kami melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dan beritahu komen anda mengenai hal ini di laman Facebook kami.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version