Site icon TechNave BM

Spesifikasi OnePlus Nord N20 SE tertiris, mungkin dilengkapi Helio G35 dan bateri 5,000mAh

Beberapa hari lalu, sebuah telefon OnePlus dengan penjenamaan “SE” telah dikesan dalam laman web pengiktirafan Telecommunications and Digital Government Regulatory Authority (TDRA) di Emiriyah Arab Bersatu. Telefon ini dijangka adalah OnePlus Nord N20 SE yang merupakan telefon kelas permulaan terbaharu daripada OnePlus.

Menurut pengiktirafan ini, OnePlus Nord N20 SE dengan nombor model CPH2469 akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G35, skrin berukuran 6.57 inci dengan takuk berbentuk titisan air untuk kamera swafoto dan bateri 5,000mAh. Semua ini adalah spesifikasi yang boleh dijangka untuk sebuah telefon kelas permulaan yang dilancar pada 2022.

Ini juga mungkin bermakna bahawa Nord N20 SE bakal menjadi OPPO A57 yang dijenamakan semula untuk OnePlus. Selain itu, Nord N20 SE bakal mengekalkan reka bentuk Nord N20 asal di bahagian belakang, di mana ia akan mempunyai dua kamera utama serta pilihan warna hitam.

Harga untuk OnePlus Nord N20 SE pula dijangka akan bermula daripada INR15,000 (~RM850) untuk pasaran India. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang pelancarannya atau keberadaannya di Malaysia.

Sebelum ini, telefon terakhir yang dilancar dalam siri Nord adalah OnePlus Nord 2T. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Nord N20 SE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version