Site icon TechNave BM

Spesifikasi Oppo F15 yang patut anda tahu

Cawangan Oppo di India telah memperkenalkan model terbaru mereka F15 pada awal minggu ini. Setakat ini syarikat tersebut belum mendedahkan lagi tarikh pelancaran, walau bagaimanapun ianya dijangka akan berlangsung pada 16 Januari. Pembuat telefon di China mendedahkan beberapa spesifikasi F15, termasuk 8GB RAM, 48MP dengan empat kamera, pengimbas cap jari di bawah paparan, dan sokongan VOOC Flash Charge 3.0.

Siri Oppo A91 pula telah pun dilancarkan pada bulan lepas di China. Ianya dikuasakan oleh Helio P70 SoC dan 6.4 “FHD + AMOLED paparan dengan pengimbas cap jari di bawah. Telefon pintar ini mempunyai 128GB serta mempunyai ColorOS 6.1 berasaskan Android Pie-based.

Ianya turut memuatkan bateri 4,025 mAh dan dilengkapi dengan lensa quad kamera di bahagian belakang yang merupakan gabungan unit sensor 48MP utama, 8MP ultrawide, 2MP makro dan unit sensor kedalaman 2MP serta Kamera 16MP tersedia di bahagian hadapan sudah cukup untuk penggemar selfie.

Jika anda bercita-cita untuk menukar telefon baru tahun ini, mungkin jenama Oppo layak berada dalam bucket list anda. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia telefon pintar!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version