Site icon TechNave BM

Spesifikasi OPPO Find X3 Pro tertiris, dilengkapi Snapdragon 888, skrin 6.7 inci 120Hz

Telefon pintar andalan OPPO Find X3 kini sudah pun banyak diperkatakan dalam media, di mana maklumat spesifikasinya dan keputusan penanda aras AnTuTu telah dilaporkan. Kini lebih banyak maklumat untuk OPPO Find X3 Pro telah muncul daripada sebuah ujian berasaskan cloud (cloud-based testing platform).

OPPO Find X3 Pro yang mempunyai nombor model PEEM00 bakal dilengkapi cipset Snapdragon 888, RAM 12GB, storan 256GB dan sistem operasi ColorOS 11 berdasarkan Android 11. Untuk skrin pula, ia mempunyai skrin OLED 6.7 inci dengan resolusi 1440 x 3216 dan kadar segar semula 120Hz, sesuatu yang boleh dijangkakan untuk telefon andalan 2021.

Daripada segi kamera pula, ujian tersebut menyenaraikan kamera utama 16.1MP, namun maklumat penuh tentang kameranya masih belum dikenal pasti. Sebelum ini, Find X3 Pro dilaporkan akan dilengkapi kamera makro mikroskop 3MP dengan zum 25x.

Buat masa ini, gambar rekaan Find X3 yang telah tertiris menunjukkan rekaan bonggol kamera yang agak menarik di mana ia dikelilingi oleh permukaan senget. Find X3 dijangka akan dilancar pada Mac 2021.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version