Site icon TechNave BM

Spesifikasi OPPO Pad Air tertiris, mungkin dilengkapi skrin 10.36 inci

Pada bulan Februari lalu, OPPO telah melancarkan tablet pertamanya iaitu OPPO Pad yang dilengkapi skrin LCD 120Hz berukuran 11 inci dan cipset Qualcomm Snapdragon 870. Kini OPPO mungkin akan meluaskan lagi rangkaian tabletnya dengan sebuah lagi varian iaitu OPPO Pad Air.

Menurut maklumat daripada pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, tablet OPPO itu akan mempunyai skrin LCD berukuran 10.36 inci dengan resolusi 2000×1200 dan kadar segar semula 60Hz. Spesifikasinya terdiri daripada cipset Snapdragon 680, bateri 7,100mAh, pengecasan pantas 18W dan empat pembesar suara Dolby Atmos.

Maklumat daripada Digital Chat Station

Beberapa poster pengiklanan juga diumumkan secara rasmi untuk OPPO Pad Air. Poster-poster tersebut menunjukkan sebuah kamera di belakang tablet serta aksesori tambahan seperti sarung papan kekunci dan stilus, namun masih tidak diketahui jika aksesori itu disertakan dalam kotak.

Harganya dikhabarkan akan bermula pada CNY1,000 (~RM650). Sebagai rujukan, OPPO Pad dijual pada harga bermula CNY 2,299 (~RM1,530). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version