Site icon TechNave BM

Spesifikasi OPPO Reno6 Z tertiris, mungkin dilengkapi Dimensity 800U, pengecasan 30W

Siri telefon kelas pertengahan OPPO Reno6 telah pun dilancar pada hujung bulan lalu dan kini OPPO dilaporkan sudah pun bersedia untuk melancarkan varian terbaru dalam siri tersebut iaitu OPPO Reno6 Z.

Spesifikasi untuk telefon tersebut telah pun tertiris hari ini, di mana ia telah dikongsi oleh pengkhabar berita teknologi Abhishek Yadav. Menurut beliau, OPPO Reno6 Z akan dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ 60Hz berukuran 6.43 inci, skrin yang dibuat dengan Gorilla Glass 5, cipset MediaTek Dimensity 800U, RAM 8GB, storan 256GB, perisian ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11, bateri 4,310mAh dan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.

Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP. Ia dikatakan akan hadir dalam dua pilihan warna, namun rekaan luarannya masih tidak diketahui.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version