Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh 3 peranti siri OnePlus 8 terbongkar, varian Pro dilengkapi paparan dengan kadar segar semula 120Hz

Bayangan OnePlus 8 Lite baru sahaja didedahkan pada minggu lepas, yang mana menunjukkan peranti hadir dengan kamera skrin berlubang (punch-hole) dan tanpa bicu audio. Kini, beberapa siri tangkapan skrin terbongkar menunjukkan senarai penuh spesifikasi siri OnePlus 8 yang terdiri daripada tiga peranti.

Tiga peranti yang didedahkan melalui Weibo adalah OnePlus 8 Lite, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Menariknya, pendedahan ini mengesahkan bahawa peranti akan dilengkapi reka bentuk skrin berlubang. Untuk kedua-dua OnePlus 8 Lite dan OnePlus 8, kamera hadapan akan ditetapkan dengan reka bentuk skrin berlubang. Di sisi yang lain, kelihatannya OnePlus 8 Pro boleh menetapkan skrin berlubang yang lebih besar atau takuk untuk memudahkan sensor dwi-kamera hadapan.

Berkenaan ciri dan spesifikasi, ketiga-tiga peranti mempunyai paparan AMOLED dengan kadar segar semula yang tinggi. Hal ini membuktikan peranti-peranti ini ditargetkan untuk gamer mudah alih. Jika spesifikasi bahagian hadapan ini benar, peranti-peranti ini akan berfungsi dengan baik. OnePlus 8 Lite disenaraikan dengan cipset MediaTek 1000 yang merupakan cipset 5G terkini dengan CPU 8-core bersama Arm Cortex-A77 dan core A55. Ia dijangkakan menjadi cipset yang bersaing setanding dengan Qualcomm Snapdragon 865 pada OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

Bukti tangkapan skrin senarai spesifikasi

Selain paparan dengan kadar segar semula yang tinggi, ketiga-tiga peranti ini akan hadir dengan kapasiti bateri besar yang menyokong pengecasan pantas. Terdapat juga fungsi tahan air (water resistance) dan sensor cap jari dalam paparan (in-display fingerprint). Kebanyakan ciri ini merupakan ciri biasa pada peranti sejak akhir-akhir ini, tetapi gabungan ciri ini masih hebat. Seperti biasa, diingatkan bahawa kami tidak pasti jika desas-desus ini benar atau tidak sehingga kami menemui sumber yang rasmi.

Apa pendapat anda mengenai pendedahan 3 peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan lebih berita mengenai OnePlus 8 di TechNaveBM.com.

Pendedahan harga siri OnePlus 8:

Diterjemahkan dari Technave.com

Exit mobile version