Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh dan gambar realme 8s tertiris dalam talian

Selepas melancarkan siri realme GT Master Edition, realme kini dilihat bakal melancarkan telefon pintar realme 8s. Peranti ini dilihat mempunyai spesifikasi yang sedikit berbeza berbanding realme 8 5G yang telah memasuki pasaran Malaysia bulan Mei lalu.

Melihat kepada gambar yang tertiris, ia dilihat tidak mempunyai logo 5G walaupun ia menyokong jaringan 5G. Pada bahagian sisi kanannya, terdapat sensor cap jari atas butang kuasa. Di bawahnya pula terdapat port USB-C, pembesar suara dan bicu audio 3.5mm.

Untuk spesifikasi pula, realme 8s dikhabarkan hadir dengan skrin 6.5 inci FHD+ (tidak pasti OLED dan LCD) bersama kadar segar semula 90Hz, kamera 64MP dan kamera swafoto 16MP. Untuk cipset pula, ia dilengkapi cipset Dimensity 810 5G, RAM 8GB dan storan setinggi 256GB.

Peranti ini akan menggunakan antara muka realme UI 2.0 atas Android 11, bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Jadi, adakah anda berminat dengan peranti realme 8s ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version