Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh Galaxy S21 Ultra bocor, cipset Exynos 2100 dengan sokongan S Pen

Samsung dijangka bakal melancarkan siri telefon andalan mereka, siri Galaxy S21 pada 14 Januari ini. Namun, beberapa hari sebelum acara pelancaran telefon ini berlangsung, ketiga-tiga peranti siri ini sudah pun tertiris di dalam talian.

Terbaru, sebuah sumber telah menunjukkan spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S21 Ultra.

Berdasarkan sumber, Samsung Galaxy S21 Ultra ini akan menggunakan reka bentuk kaca dan besi sama seperti telefon premium yang lain. Kaca yang digunakan adalah Corning Gorilla Glass Victus, kaca yang sama digunakan pada Galaxy Note20 Ultra.

Galaxy S21 Ultra akan hadir dengan skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi 3200 x 1440 piksel, 515 ppi, kecerahan maksimum 1600 nits dan kadar segar semula 120Hz. Skrin yang digunakan adalah kaca melengkung dengan potongan punch hole di tengah skrinnya. Skrin telefon ini juga akan hadir dengan sokongan stilus S Pen.

Selain itu, peranti ini juga akan dilengkapi cipset Exynos 2100 dengan pilihan memori RAM 12GB dan storan 128GB/256GB/512GB. Untuk pasaran Amerika Syarikat, ia akan hadir dengan cipset Snapdragon 888.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai kameranya :

Bahagian belakang (Kamera kuad)
Bahagian hadapan

Galaxy S21 Ultra mampu untuk merakam video 8K (30fps), 4K (30/60fps), 1080p (30/60/240fps) dan 720p (sehingga 960fps).

Tambahan lagi, ia akan dilengkapi sensor cap jari dalam skrin dan menggunakan antara muka One UI 3.1 atas perisian Android 11. Bateri telefon ini adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W.

Seperti siri sebelum ini, ia juga akan hadir dengan pembesar suara stereo, kalis air dan habuk IP68 dan sokongan Samsung Knox. Ia akan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black (Hitam) dan Phantom Silver (Perak).

Akhir sekali, peranti ini bakal hadir dengan dimensi 165.1 x 75.6 x 8.9mm dengan berat 228g. Untuk harga pula, ia dikhabarkan akan dijual bermula €1,399 (~RM6929) untuk pasaran Eropah.

Perlu diingat, semua spesifikasi ini bukanlah dari sumber rasmi Samsung. Spesifikasi rasmi peranti siri S21 ini akan diberitahu sewaktu acara pelancaran tidak lama lagi.

Nantikan berita lanjut mengenai siri Galaxy S21 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version