Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh OnePlus Nord CE 5G tertiris, dilengkapi Snapdragon 750G, AMOLED 90Hz

OnePlus sudah pun mengesahkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan terbaru OnePlus Nord Core Edition (CE) 5G akan dilancar pada hari Khamis, 10 Jun. Spesifikasi telefon tersebut telah pun tertiris sedikit sebelum ini, namun kini maklumat penuh tentang spesifikasinya telah pun dilaporkan oleh media.

Menurut sumber, ia bakal dilengkapi skrin AMOLED 90Hz berukuran 6.53 inci dengan pengimbas cap jari dalam skrin, cipset Snapdragon 750G dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W, di mana ia boleh mengecas 0% ke 70% dalam masa 30 minit. Ia akan ditawarkan dalam dua varian memori iaitu 6GB+64GB dan 8GB+128GB.

Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sensor Omnivision, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan, terdapat sebuah kamera swafoto 16MP. Telefon ini dijangka mempunyai perisian OxygenOS 11 berdasarkan Android 11, manakala daripada segi luaran pula badannya dibuat daripada plastik dan terdapat satu sahaja pembesar suara di bahagian bawah.

Seperti OnePlus Nord pada tahun lepas, Nord CE 5G akan dilengkapi bicu audio 3.5mm. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version