Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh OPPO A15 tertiris, Helio P35 dan bateri 4,230mAh

OPPO bakal melancarkan telefon kelas permulaan terbarunya iaitu OPPO A15 di India tidak lama lagi. Sumber sebelum ini menyatakan bahawa ia bakal hadir dengan skrin 6.52 inci dan mempunyai tiga kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 13MP. Kini, sumber terbaru pula memberitahu spesifikasi OPPO A15 yang selebihnya.

Berdasar sumber, OPPO A15 bakal menggunakan cipset Helio P35 dan datang dengan sistem operasi ColorOS 7.2 atas Android 10. Selain itu, ia juga bakal hadir dengan RAM 3GB serta storan 32GB dengan slot microSD untuk storan tambahan.

Skrin 6.2 inci telefon ini akan menggunakan resolusi HD+ dengan sebuah kamera swafoto 5MP pada takuknya. Tambahan lagi, ia bakal dilengkapi dengan bateri 4,230 mAh dan sensor cap jari pada panel belakang.

Untuk harga dan keberadaan pula, ia masih lagi kekal sebagai sebuah misteri. Nantikan pelancaran telefon ini bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version