Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh OPPO A2 Pro 5G tertiris, dilengkapi cipset Dimensity 7050

OPPO A2 Pro 5G (PJG110) ialah peranti akan datang yang baru-baru ini muncul melalui penyenaraian TENAA. Kini, telefon yang sama telah dikesan dalam penyenaraian rasmi di laman China Telecom bersama-sama dengan tarikh keluaran 22 September ini.

OPPO A2 Pro 5G bersaiz 162.66 x 74.28 x 7.99 mm dan mempunyai berat 190 gram. Reka bentuknya kelihatan moden dengan skrin melengkung OLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ 2412 × 1080 piksel dan kawalan pemalapan 2160Hz PWM. Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7050 yang merupakan versi penjenamaan semula Dimensity 1080.

Ia dipasangkan dengan pelbagai pilihan memori dan storan termasuk 8/256GB, 12/256GB dan juga 12/512GB. Kamera utama 64MP terletak di belakang peranti disertakan dengan sensor tambahan 2MP. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 8MP. Baterinya berkapisiti 5,000 mAh.

Menurut penyenaraian sebelum ini yang tertiris, OPPO A2 Pro 5G boleh didapati dalam pilihan warna hitam, coklat dan ungu dengan harga CNY 2,099 (~RM1,340). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sparrow News

Exit mobile version