Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh realme 9 Pro tertiris, disahkan miliki SD 695

Paparan dan spesifikasi realme 9 Pro dan 9 Pro+ telah dikeluarkan beberapa hari yang lalu. Namun, terdapat beberapa perkakasan yang masih belum disahkan. Baru-baru ini, salah satu sumber telah mendedahkan bahawa mereka sudah mempunyai petunjuk perkakasan apa yang realme bawakan pada telefon pintar baharu ini.

Lembaran spesifikasi yang dikatakan untuk realme 9 Pro disahkan menggunakan cipset Snapdragon 695, RAM sekurang-kurangnya 6GB dan 128GB storan dalaman. Panel AMOLED 6.6 inci dengan segar semula skrin 120Hz dan menyokong kandungan HDR10.

Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 64MP f/1.8 disertakan dengan unit makro 8MP f/2.3 dan ultra lebar 2MP f/2.4. Kamera swafotonya menggunakan sensor 16MP f/2.5. Peranti ini akan menggunakan Android 11 dan akan dikuasakan oleh bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Kami menjangkakan realme 9 Pro dan Pro+ akan dilancarkan pada bulan Februari di India dan Eropah manakala realme 9 dijadualkan akan dilancarkan pada suku kedua 2022 menurut laporan semasa.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version