Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh realme X50 Pro Player Edition dipaparkan di TENAA; kamera berbeza dengan X50 Pro

Selepas mengumumkan realme X50 Pro 5G pada Februari lepas, kini realme akan melancarkan sebuah varian yang difokuskan kepada gaming, iaitu realme X50 Pro Player Edition. Kini, spesifikasi telefon tersebut sudah pun dipaparkan dalam TENAA (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency) di China.

Secara keseluruhannya, X50 Pro Player Edition mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan X50 Pro kecuali pada kameranya di mana X50 Pro Player Edition mempunyai kamera yang diturun taraf. Berikut adalah perbezaan kamera di dalam kedua-dua telefon tersebut:

Kamera belakang:

Kamera hadapan:

Selain kamera, tidak banyak bezanya di antara kedua-dua telefon tersebut. X50 Player Edition dilengkapi cipset Snapdragon 865, RAM LPDDR5 12GB, storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB dan pengecasan pantas 65W. Telefon tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Mei di China.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan realme X50 Pro Player Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version