Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh S20 pula bocor

Walaupun Samsung akan mempersembahkan siri telefon pintar flagship mereka yang baharu tak lama lagi pada 11 Februari, pelbagai maklumat tentang peranti tersebut sudah pun dibocorkan pada minggu-minggu lepas. Daripada namanya hinggalah ke rupa peranti tersebut, ada sahaja maklumat yang muncul.

Terbaru, senarai spesifikasi penuh telefon pintar itu pula yang dibocorkan. Akan tetapi, ini cumalah versi 5G dan yang akan dipasarkan ke Eropah di mana Samsung biasanya tidak menggunakan cipset Snapdragon Qualcomm.

Antara spesifikasi yang menarik perhatian adalah skrin 120Hz, rakaman video 8K dan kamera 108 megapiksel dalam varian Ultra. Senarai penuh spesifikasi ini dibocorkan oleh pengguna Twitter @IshanAgarwal24.

Adakah anda berminat untuk memiliki S20 pada tahun ini? Kongsi rancangan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version