Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh Samsung Galaxy S25 Edge didedah, telefon paling nipis dengan kamera 200MP

Samsung sekali lagi mencuri tumpuan dunia teknologi dengan pendedahan rasmi Galaxy S25 Edge yang menampilkan dengan reka bentuk ultra nipis hanya 5.85mm dan seberat 163 gram menjadikannya antara peranti paling nipis di pasaran ketika ini.

Bingkai titanium memberikan kekuatan tambahan manakala kaca Gorilla Glass Ceramic 2 di bahagian depan dan Gorilla Glass Victus 2 di belakang menjadikannya tahan calarserta tahan lasak. S25 Edge menggunakan skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi QHD+ (3120×1440 piksel), kadar segar semula dinamik 1-120Hz dan pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin.

Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy dengan kelajuan sehingga 4.41GHz, disokong RAM 12GB dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Untuk kamera, S25 Edge hadir dengan kamera utama 200MP dengan apertur f/1.7 (OIS) dan kamera ultra lebar 12MP (120°) manakala kamera swafoto menggunakan sensor 12MP (80°).

Baterinya pula berkapasiti 3900mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan wayarles. Galaxy S25 Edge dijangka mula dijual di Eropah pada akhir Mei 2025 dengan harga €1,249 (~RM6,086) untuk versi 256GB dan €1,369 (~RM6,670) untuk 512GB. Pembeli boleh memilih antara tiga warna iaitu Titanium Jet Black, Titanium Icy Blue dan Titanium Silver.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WinFuture

Exit mobile version