Site icon TechNave BM

Spesifikasi POCO X7 tertiris, mungkin tawarkan skrin AMOLED 1.5K, cipset Dimensity 8400

Siri POCO X6 telah dilancar pada awal Januari tahun ini, jadi kita boleh jangkakan sekuelnya, POCO X7 dan POCO X7 Pro, untuk dilancar sekitar awal tahun hadapan. Spesifikasi untuk dua telefon ini telah pun tertiris dalam media sosial, serta gambar promosinya.

POCO X7 mungkin akan dilengkapi skrin 6.67 inci dengan panel AMOLED 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 7300-Ultra, RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 512GB, bateri 5,110mAh dan pengecasan pantas 45W.

Ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP68. Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS dan kamera hadapan 20MP.

POCO X7
POCO X7 Pro

Untuk POCO X7 Pro pula, ia bakal dilengkapi skrin yang sama dengan POCO X7, namun kecerahannya boleh pergi setinggi 3,200 nits dan kacanya dibuat dengan Gorilla Glass 7i. Cipsetnya pula berlainan iaitu MediaTek Dimensity 8400 yang baru sahaja dilancar pada awal minggu ini.

Baterinya lebih besar iaitu 6,000mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 90W. Kameranya pula menggunakan sensor Sony IMX882 50MP dengan penstabilan OIS+EIS, dan menyokong rakaman video 4K60fps.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version