Site icon TechNave BM

Spesifikasi realme GT Master Edition tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 870

Minggu lepas, terdapat khabar mengatakan realme bakal melancarkan varian baru untuk telefon pintar andalan realme GT, iaitu realme GT Master Edition 5G yang dibina bersama pereka dari Jepun, Naoto Fukasawa. Kini terdapat maklumat terbaru tentang telefon tersebut melibatkan spesifikasinya.

Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe di Weibo, realme GT Master Edition akan dilengkapi skrin 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset Snapdragon 870, RAM sehingga 12GB, storan UFS 3.1 256GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Daripada segi kamera, ia dilengkapi tiga kamera 108MP+13MP+2MP.

Spesifikasi yang serupa telah ditemui dalam data TENAA sebelum ini dengan nombor model RMX3366. Walau bagaimanapun, TENAA mengatakan kameranya hanya mempunyai sensor 50MP+16MP+2MP, di mana kamera utama dilengkapi sensor Sony IMX766.

Jika spesifikasi ini benar, ia adalah lebih rendah sedikit berbanding realme GT asal yang dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan skrin AMOLED 120Hz.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada realme tentang tarikh pelancaran atau spesifikasinya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version