Site icon TechNave BM

Spesifikasi realme GT5 Pro didedah, tampilkan Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera zum periskop

realme telah dikhabarkan akan memperkenalkan GT Neo6 ke pasaran global dalam beberapa minggu akan datang sebagai GT5. Menjelang akhir tahun ini, jenama itu akan memperkenalkan GT5 Pro yang akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 3.

Beberapa butiran telah didedahkan melalui akaun Weibo Stesen Sembang Digital. GT5 Pro dijangka menampilkan kamera zum periskop dengan sensor OmniVision OV64B 64MP dan zum optik 3x. Kamera utamanya pula menggunakan sensor Sony IMX9 siri 1/1.4″ dengan Penstabilan Imej Optik (OIS).

Itu sahaja maklumat yang kami dapati dan mungkin juga ia akan membawa spesifikasi yang lebih baik memandangkan cipset yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 3. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version