Site icon TechNave BM

Spesifikasi realme Pad tertiris, mungkin dilengkapi skrin AMOLED dan bateri 7,100mAh

Pada minggu lepas, realme telah pun melancarkan komputer riba pertama mereka, realme Book, secara rasmi. Kini syarikat tersebut bakal melancarkan tablet pertama mereka pula iaitu realme Pad dan kini beberapa spesifikasi utama tablet itu telah tertiris.

Menurut pengkhabar berita teknologi dari Weibo, realme Pad akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 10.4 inci, bateri 7,100mAh, RAM 6GB, storan dalaman 64GB, satu kamera di belakang, empat pembesar suara dan ukuran 246x156x6.8mm. Selain itu, ia juga dikhabarkan bakal menawarkan sokongan untuk penggunaan stilus.

realme telah pun mengesahkan bahawa tablet itu akan dilengkapi paparan AMOLED dan rupa bentuknya telah pun ditunjukkan dalam acara pelancaran realme Book sebelum ini. Ia mungkin akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version