Site icon TechNave BM

Spesifikasi realme Q3 tertiris, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 1100 dan skrin 120Hz

Pada bulan Oktober lalu, realme telah melancarkan siri realme Q2 di China yang terdiri dari realme Q2i, realme Q2 dan realme Q2 Pro. 6 bulan selepas pelancaran, telefon siri ini telah mencapai angka jualan setinggi 1 juta. Kini, realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan generasi barunya, realme Q3 di China. Terbaru, spesifikasi dan harga peranti ini telah tertiris di dalam talian.

realme Q3 dikhabarkan bakal menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1100. Selain itu, ia juga dikatakan akan hadir dengan skrin 120Hz, bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 50W.

Dari segi reka bentuk pula, ia tidak akan jauh berbeza berbanding generasi sebelum ini. Ia mungkin hadir dengan skrin berbentuk punch-hole yang menempatkan kamera hadapannya. Peranti ini juga mungkin akan mengekalkan tulisan jenama realme yang besar di panel belakangnya.

Yang menarik, realme Q3 dikhabarkan akan dijual pada tanda harga serendah 2,000 Yuan (~RM1,264).

realme Q2

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version