Site icon TechNave BM

Spesifikasi realme X50 Pro 5G didedahkan oleh CMO

Syarikat telefon pintar dari China, realme, akan mengumumkan telefon flagship 5G yang terbaru di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) pada hujung bulan ini. Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) realme, Xu Qi Chase, mengatakan di Weibo bahawa nama telefon itu ialah X50 Pro 5G dan beliau turut menyertakan gambar spesifikasi telefon tersebut.

X50 Pro 5G akan dioperasi oleh cipset Snapdragon 865 dan antara muka realme UI yang berdasarkan Android 10. Daripada segi memori pula, ia akan dilengkapi RAM 12GB dan storan 256GB tetapi masih tiada maklumat jika akan terdapat pilihan memori yang lebih besar pada masa akan datang.

Ia juga akan mempunyai sokongan NFC dan kad dwi-SIM. Kamera selfie pula akan berada di bahagian atas kiri skrin yang mempunyai resolusi FullHD+.

Adakah anda berminat dengan X50 Pro 5G atau lebih berkenan pada X50 5G yang diumumkan pada bulan lepas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version