Site icon TechNave BM

Spesifikasi Redmi K70 Pro tertiris, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 9200+ dan RAM 16GB

Walaupun telefon pintar andalan Redmi K60 Ultra baru sahaja dilancarkan pada bulan ini, Redmi nampaknya sudah bersiap sedia untuk melancarkan sebuah telefon pengganti kepada siri K60. Telefon tersebut ialah Redmi K70 Pro dan spesifikasi asasnya telah tertiris dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

Redmi K70 Pro mempunyai nombor model 23113RKC6C dan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9200+ (nama kod: Corot), iaitu cipset sama yang terdapat pada Redmi K60 Ultra. Geekbench menunjukkan markah penanda arasnya yang mencapai 1,882 mata dalam ujian teras tunggal dan 4,536 dalam ujian multi-teras.

Selain itu, Redmi K70 Pro dilengkapi RAM 16GB dan sistem operasi Android 13. Setakat ini reka bentuk dan tarikh pelancaran telefon itu masih belum diketahui.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version