Site icon TechNave BM

Spesifikasi Redmi Note 10 tertiris dalam gambar baru, dilengkapi Snapdragon 678, AMOLED 6.43 inci

Siri Redmi Note 10 akan dilancarkan pada 4 Mac jam 8:00 malam, namun spesifikasi utamanya telah pun tertiris sebelum hari tersebut. Seorang pengguna Facebook bernama Xiaomi Leaks Ph telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan bungkusan Redmi Note 10, di mana spesifikasi utama telefon itu tertera pada balutan plastik.

Berdasarkan gambar itu, Redmi Note 10 akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.43 inci, pengecasan pantas 33W, cipset Snapdragon 678 dan empat kamera 48MP.

Spesifikasi memorinya tidak disenaraikan, namun maklumat sebelum ini mengatakan ia mungkin terdiri daripada pilihan 4GB+64GB atau 6GB+128GB. Untuk bateri pula, ia mungkin mempunyai kapasiti 5,000mAh.

Siri Redmi Note 10 dikatakan akan hadir dalam tiga varian utama iaitu Redmi Note 10, Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 Pro Max 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton pelancarannya di laman Facebook Xiaomi Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook

Exit mobile version