Site icon TechNave BM

Spesifikasi Redmi Note 11 tertiris, mungkin dilancar pada 11 November 2021

Siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 10 telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mac lalu dan ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan pengguna. Kini, maklumat awal untuk penyambungnya, Redmi Note 11, telah tertiris di mana ia mungkin akan dilancar seawal hujung tahun ini.

Menurut seorang pengkhabar berita teknologi daripada media sosial Weibo, siri Redmi Note 11 akan terdiri daripada Redmi Note 11 dan Redmi Note 11 Pro. Ia mungkin akan dilancar di China pada 11 November 2021, iaitu sempena kempen jualan Hari Bujang (光棍节).

Untuk Redmi Note 11 biasa, ia dilaporkan akan dilengkapi skrin LCD 120Hz, cipset MediaTekDimensity 810, storan 128GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W, kamera 50MP dan kamera swafoto 13MP. Harganya mungkin akan dijual pada harga CNY1,119 (~RM725) untuk RAM 6GB dan CNY1,599 (~RM1,035) untuk RAM 8GB.

Untuk Redmi Note 11 Pro pula, ia dilaporkan akan mempunyai skrin OLED 120Hz, cipset MediaTek Dimensity 920, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 67W, pembesar suara stereo JBL, kamera utama 108MP dan kamera swafoto 16MP. Harganya mungkin bermula CNY1,599 (~RM1,035) untuk 6GB+128GB, CNY1,799 (~RM1,165) untuk 8GB+128GB dan CNY1,999 (~RM1,295) untuk 8GB+256GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version