Site icon TechNave BM

Spesifikasi Samsung Galaxy A05s tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 680, skrin FullHD+

Spesifikasi untuk telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy A05s telah tertiris dalam penyenaraian Google Play Console, selepas ia mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada bulan Ogos lalu.

Seperti yang tertera pada Google Play Console, Galaxy A05s akan dilengkapi skrin Full HD+ (1080×2400), cipset Qualcomm Snapdragon 680, RAM 6GB dan sistem operasi Android 13, mungkin dengan antara muka OneUI 5. Ini semua adalah spesifikasi yang boleh dijangka untuk telefon kelas permulaan yang dilancar pada 2023.

Spesifikasi Galaxy A05s, menurut Google Play Console

Google Play Console turut menunjukkan warnanya yang akan ditawarkan dalam warna hijau Pastel Green. Sebelum ini, Galaxy A05s mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) di AS, di mana ia disahkan akan dilengkapi bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Memandangkan Samsung Galaxy A04s telah dilancar pada bulan September 2022, kita boleh menjangkakan Galaxy A05s untuk dilancar dalam masa terdekat pada tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version