Site icon TechNave BM

Spesifikasi Samsung Galaxy Book Go LTE tertiris sebelum pelancaran!

Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked pada 28 April ini. Di dalam acara ini, mereka dikhabarkan akan perkenalkan peranti Galaxy terhebat mereka, komputer riba Samsung Galaxy Book Go. Beberapa hari sebelum pelancaran, spesifikasi Galaxy Book Go versi LTE telah tertiris dalam talian.

Sumber menyatakan bahawa Galaxy Book Go akan hadir dengan beberapa model termasuklah model LTE. Siri komputer riba ini akan menjadi komputer riba ARM yang pertama menggunakan sistem operasi Windows 10.

Galaxy Book Go LTE dikhabarkan akan hadir dengan skrin 14 inci HD jenis LCD. Berat komputer riba ini adalah 1.39 kg and ianya menyokong LTE.

Selain dari itu, peranti ini dilengkapi beberapa port USB termasuklah USB 2.0, USB-C dan USB 3.2. Ia juga menyokong Bluetooth 5.1 serta pengecasan pantas melalui port USB-C. Dengan bateri yang penuh, ia boleh bertahan selama 18 jam.

Galaxy Book Go LTE juga hadir dengan sensor cap jari, kamera 720p, RAM 4GB, storan 128GB dan menyokong tambahan storan sehingga 1TB melalui kad microSD. Pemproses yang digunakan oleh peranti ini adalah Qualcomm Snapdragon 7c yang direka di atas binaan ARM.

Galaxy Book Go LTE dikhabarkan akan dijual pada tanda harga serendah $349 (~RM1,430).

Nantikan pelancaran siri komputer riba Galaxy Book Go ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version