Site icon TechNave BM

Spesifikasi Samsung Galaxy F42 5G tertiris, mungkin dilengkapi Dimensity 700, RAM 6GB

Samsung dikhabarkan akan melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan pada bulan ini iaitu Samsung Galaxy F42 5G dan Samsung Galaxy M52 5G di India. Kini spesifikasi untuk Samsung Galaxy F42 5G telah tertiris, melalui data daripada Google Play Console.

Telefon itu dilaporkan mempunyai nombor model SM-E426B. Menurut data tersebut, Galaxy F42 mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 6GB, skrin Infinity V dengan resolusi Full HD+, sistem operasi Android 11 dan pengimbas cap jari di sisi.

Terdapat kemungkinan bahawa Galaxy F42 adalah Samsung Galaxy A22 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran terpilih. Jika ia benar, Galaxy F42 akan dilengkapi tiga kamera, bateri 5,000mAh dan skrin 6.6 inci. Selain itu, ia juga mungkin akan dilancar dengan nama Samsung Galaxy Wide5 untuk pasaran Korea Selatan.

Galaxy F terakhir sebelum ini adalah Samsung Galaxy F22 yang dilancar pada bulan Julai.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy F42 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version