Site icon TechNave BM

Spesifikasi siri HONOR 30 muncul di TENAA, RAM sehingga 12GB, Kirin 990 5G

Baru-baru ini, Huawei telah memperkenalkan siri flagship terbarunya, siri Huawei P40. HONOR kini mengikuti jejak untuk memperkenalkan peranti terbarunya juga. Sebelum pelancarannya pada 15 April, TENAA terlebih dahulu telah membocorkan spesifikasi siri HONOR 30.

Siri HONOR 30 ini bakal dilengkapi paparan OLED FH+ 6.57 inci bersama bateri 3900mAh. Apa yang berbeza adalah HONOR 30 akan dikuasai cipset Kirin 985 5G (cipset baru), manakala HONOR 30 Pro akan dikuasai cipset Kirin 990 5G. Spesifikasi cipset ini turut memberi pengesahan seperti yang telah dijangkakan oleh sumber sebelum ini (rujuk perkongsian di bawah). HONOR 30 dilengkapi RAM 8GB dengan pilihan ROM 128GB/256GB, manakala versi Pro mempunyai pilihan RAM 8GB/12GB dan varian storan 128GB/256GB.

Berkenaan kamera pula, sebelum ini kami telah menjangkakan bahawa mungkin siri ini bakal dilengkapi sensor Sony IMX7XX. Kali ini, sumber melaporkan HONOR 30 bakal dihuni tetapan kamera utama 40MP, manakala versi Pro dengan kamera utama 50MP. Kedua-duanya bakal dihuni kamera hadapan 32MP.

Adakah anda sedang menantikan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: Gizchina | OnLeaks

Exit mobile version